SHAH ALAM: Polis tumpas sindiket pengedaran dadah apabila merampas pelbagai bahan terlarang itu seberat kira-kira 35 kilogram (kg) bernilai keseluruhan RM4.73 juta ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta jenis Hyundai Elantra di Puchong, pada Sabtu lalu. Dadah tersebut adalah jenis Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) yang merupakan bahan untuk membuat ekstasi seberat 26.5 kg, ketamin (5.46 kg), heroin (1.38 kg), syabu (1.04 kg) dan pil ekstasi 548.7 gram. Malah, dalam serbuan tersebut, polis…