KOTA BHARU: Polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol yang digunakan oleh Hafizul Hawari, 38, semasa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor sejurus berjaya menahan lelaki itu di sini hari ini. Sumber berkata, semasa ditahan berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota bertugas. Menurutnya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana yang terletak beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pukul 3 petang tadi. “Semasa ditahan suspek berseorangan,” katanya. Utusan Online hari ini melaporkan, ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya