PETALING JAYA: Siasatan polis terhadap lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjurus kepada bagaimana senjata itu diperoleh. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, polis mahu mengetahui bagaimana Hafizul Hawari, mendapatkan pistol jenis Glock 19 Austria bersama 32 peluru. “Siasatan terhadap lelaki itu baru bermula jadi masih terlalu awal kita membuat rumusan bagaimana senjata itu diperoleh…









