PM bantu agih bubur lambuk, tinjau program Jualan Madani

PM bantu agih bubur lambuk, tinjau program Jualan Madani

Anwar (kanan) meninjau gerai di Program Jualan Termurah Madani di hadapan Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Program Bubur Lambuk Madani di Masjid Kubang Semang, di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 4.53 petang tadi diiringi oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anwar menghabiskan masa kira-kira 30 minit menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.

Turut berlangsung di lokasi yang sama ialah program Jualan Termurah Madani yang menawarkan produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut meluangkan masa mengacau dan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Huda, Sungai Ara di Bayan Lepas sebelum menghadiri Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar.

Sementara itu, Khairul Abdullah, 45, berkata, kehadiran Perdana Menteri amat dinantikan penduduk setempat.

“Selain berpeluang bertemu dengan pemimpin negara, saya turut mengambil kesempatan membuat sedikit persiapan dengan membeli beberapa barangan keperluan yang dijual dengan harga murah di sini.

“Program seumpama ini bukan sahaja menguntungkan rakyat, malah kami berpeluang untuk berjimat dengan membeli barangan kering untuk kegunaan harian di rumah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×