PKR rangka strategi baharu depani PRU16 - Utusan Malaysia

PKR rangka strategi baharu depani PRU16

PKR PRU16
HAMPIR 5,000 perwakilan hadir pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keadilan Menang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) (Kemas16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25) menjadi dua kerangka baharu PKR untuk berdepan PRU16.

Kerangka tersebut dibina sebagai usaha memastikan PKR terus mentadbir negara selain menentukan parti terus relevan untuk 25 tahun akan datang yang akan dilancarkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kedua-dua pelan berkenaan akan mengubah KEADILAN tidak hanya sebagai parti politik semata-mata tetapi sebagai organisasi khidmat sosial dan kebajikan berorientasi perusahaan sosial.

“20 tahun lalu, kita ada pelbagai kemahiran seperti demonstrasi, kemahiran berceramah dan kemahiran menggunakan media alternatif. Ini kekuatan yang kita bina dan sekarang digunakan pihak lawan.

“Sebab itu parti akan melancarkan dua kerangka baharu. Kedua-duanya bertujuan untuk kita kukuhkan kembali kekuatan dari akar umbi sehingga ke atas,” katanya pada Konvensyen 25 Tahun PKR, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, PKR adalah lebih besar daripada hanya sebuah parti politik semata-mata dan perkara itu merupakan kekuatan parti dalam menghadapi setiap cabaran.

“Saya yakin sebahagian besar daripada kita, satu motivasi untuk kita kekal dalam parti kerana ahli parti adalah rakan dan keluarga. Inilah kekuatan kita kerana kita melangkaui sebagai parti politik yang mencari kuasa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN