Kerajaan bincang peruntukan buat pembangkang 17 April ini

Kerajaan bincang peruntukan buat pembangkang 17 April ini

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuntutan berkenaan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

“Saya maklum kepada mereka perkara ini akan dibawa ke peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk kita kemukakan apa yang dihasratkan oleh mereka,” kata beliau ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kuching hari ini.

Menurut beliau, selain Hamzah, pertemuan tersebut turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Terdahulu, pada 24 Mac, Fadillah berkata, draf perjanjian berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan kerajaan Madani tidak wujud seperti yang didakwa oleh Pemimpin Perikatan Nasional (PN) susulan pertemuan itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN