Penyanyi rap dicekup kerana memandu dalam keadaan mabuk - Utusan Malaysia

Penyanyi rap dicekup kerana memandu dalam keadaan mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Penyanyi rap, GloRilla dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu dalam keadaan mabuk di sini, baru-baru ini.

GloRilla atau nama sebenarnya Gloria Woods yang pada selasa lalu memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz berwarna hitam juga didakwa kerana gagal mematuhi alat kawalan trafik kerana pengaruh alkohol.

Penyanyi berusia 24 tahun itu ditahan dekat Suwanee, kira-kira 48 kilometer dari timur laut Atlanta.

Beliau dimasukkan ke dalam lokap sekitar pukul 6.12 pagi pada waktu kejadian namun dibebaskan pada hari yang sama.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Yeah Glo! itu sehingga ke hari ini terus mengunci mulut berkenaan insiden terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya