KUALA LUMPUR : Kes kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi dalam kemalangan jalan raya sepanjang Op Selamat 22.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini selepas sebanyak 79 kematian direkodkan dalam berbanding 80 kematian yang direkodkan pada tahun lalu.
“Berdasarkan kajian, kemalangan yang berlaku berpunca daripada kegagalan mengawal kenderaan sehingga terbabas akibat keletihan dan mengantuk serta tidak menjaga jarak pemanduan selamat antara kenderaan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.
Teks ucapan berkenaan dibaca dalam Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata Razarudin, sebanyak 114,467 saman dikeluarkan berbanding 29,216 saman pada Op Selamat yang lepas iaitu meningkat kepada 85,251 saman
“Bagi kes jenayah pecah rumah pula, sebanya 189 kes direkodkan berbanding 272 kes pada tahun lepas,” jelasnya. – UTUSAN







