Sofia Rini didakwa esok keluar kenyataan berunsur fitnah

Sofia Rini didakwa esok keluar kenyataan berunsur fitnah

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mendakwa ahli perniagaan wanita, Sofia Rini Buyong, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Ya, dia akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, Sofia Rini akan hadir sendiri ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Sebelum ini tular video memaparkan Sofia Rini mengeluarkan pelbagai dakwaan serius membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam video berkenaan, Sofia Rini didakwa menyatakan bahawa Perdana Menteri mengarahkan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk membawa keluar sejumlah wang ke luar negara termasuk ke Afrika dan Turki.

Sebelum ini Anwar turut menegaskan dakwaan membabitkannya dengan pemilikan wang di luar negara perlu disertakan bukti kukuh.

Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak akan melayan sebarang dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN