Lelaki maut motosikal hilang kawalan sebelum dirempuh kereta

Lelaki maut motosikal hilang kawalan sebelum dirempuh kereta

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan dan dirempuh sebuah kereta di Jalan Sungai Buloh-Kepong semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dalam perjalanan dari Kepong menghala ke Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak selepas penunggang motosikal terbabit tiba-tiba hilang kawalan, terbabas ke lorong kanan dan terjatuh di hadapan kenderaannya.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis mengesan rakaman video kemalangan itu tular di media sosial kira-kira pukul 9.45 pagi tadi sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana individu yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam Muniandy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Dalam pada itu,Shamsudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN