KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christopher Mandut meminta kerajaan negeri mengeluarkan larangan ke atas Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memasuki Sabah. Beliau berkata, Sabah tidak mengalu-alukan sebarang cubaan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri ini. “Kita tidak mahu politik sebegitu dibawa masuk ke Sabah. Apa yang berlaku di Semenanjung harus kekal di situ,” katanya semasa mengulas mengenai kehadiran Akmal ke Sabah semalam. Christopher berkata, pihak polis…