PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pas merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas misi membawa pulang keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dari Gaza, Palestin. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kesungguhan itu memerlukan kepada perbincangan dan hubungan baik dengan Mesir khususnya bagi memastikan misi ini berjaya. Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian menyifatkan perkembangan itu sebagai hadiah Hari Raya Aidilfitri…