Pejabat MB Selangor sedia kerjasama isu Amirudin, Chegu Bard - Utusan Malaysia

Pejabat MB Selangor sedia kerjasama isu Amirudin, Chegu Bard

Chegu Bard
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan Badrulhisham Shahrin atau Chegu Bard kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di media sosial.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Chegu Bard mendakwa kononnya Amirudin  meluluskan tanah kepada syarikatnya sendiri.

“Saya meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Chegu Bard.

“Dakwaan beliau itu kononnya disokong dengan dokumen yang kerajaan negeri Selangor memberi 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd”, katanya.

Tegas beliau, pihaknya terbuka dan sedia bekerjasama sepenuhnya bagi membersihkan nama Amirudin berhubung dakwaan dangkal berkenaan.

“Dakwaan Chegu Bard itu dianggap tuduhan ulang siar tidak jauh berbeza dengan episod putar belit ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15. Beliau juga sedang menghadapi tindakan saman daripada Amirudin,” ujarnya.

Tambah Saifuddin, taktik itu juga merupakan cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

“Menerusi beberapa fakta salah dan tersasar dikenalpasti melalui hantaran terdahulu, kami dengan segala hormatnya mengalukan beliau menyertai kelompok individu yang akan disaman.

“Tindakan (saman) ini seperti yang sedang dihadapi seorang kenamaan utara tanah air berikutan kedangkalan fakta dalam melancarkan serangan politik murahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN