MCA bukan boikot 

MCA bukan boikot 

NEOW CHOO SEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan MCA untuk berkecuali daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu bukan disebabkan boikot.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Kebangsaan MCA, Neow Choo Seong, walaupun tidak bertanding, MCA akan tetap terus memperjuangkan kepentingan awam dan negara.

“Walaupun MCA berterusan menerima serangan terhadap imej parti, MCA akan terus berjuang,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, MCA mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK di DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon yang dikemukakan bukan daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Politik parti itu yang bermesyuarat di ibu pejabat pada Jumaat lalu.

Tambah Neow, perkara itu di luar konteks dan MCA tidak memboikot.

“Jika kami takut bertanding dalam PRK, kenapa kami bertanding dalam setiap pilihan raya umum?” soalnya.

Beliau berkata, sebarang cadangan supaya parti itu meninggalkan BNj adalah tidak wajar dan parti itu akan sentiasa mempertahankan pendiriannya apabila perkara itu berlaku.

Tambahnya, MCA mengiktiraf peranannya dalam BN dan Kerajaan Persekutuan dan memahami kepentingan menegakkan prinsip perpaduan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya