Lelaki Israel : Lapan lagi termasuk tiga warga asing ditahan 

Lelaki Israel : Lapan lagi termasuk tiga warga asing ditahan 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing berhubung siasatan terhadap lelaki Israel, Shalom Avitan yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini pada 27 Mac lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada  lima warga tempatan termasuk dua wanita dan tiga lelaki masing-masing merupakan dua lelaki warga Turki dan seorang lelaki warga Georgia.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan seramai 16 individu ditahan berhubung siasatan berkenaan.

Kata beliau, semua mereka ditahan dalam serbuan oleh pasukan khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan Cawangan Khas (SB) di beberapa lokasi di ibu negara.

“Saya sahkan kita telah tahan lapan lagi individu membabitkan mereka berusia sehingga 60 tahun.

“Kesemua mereka ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN