KTMB sedia tren khas ekspres lambaian Aidilfitri ke Tumpat

KTMB sedia tren khas ekspres lambaian Aidilfitri ke Tumpat

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan dua tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik untuk laluan KL Sentral-Tumpat.

Sebanyak 952 tiket disediakan untuk laluan itu, dan ia telah pun habis dijual.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Tren khas ELA itu akan berhenti di 17 stesen termasuk Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut dan berakhir Tumpat.

“Tren khas ini dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk kelas pertama, koc tempat duduk kelas kedua, koc buffet, dan koc chillax.

“Tiket-tiket dijual dengan harga bermula daripada RM55.00 sehingga RM83.00 bagi perjalanan sehala,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengedaran pek cenderahati kepada penumpang-penumpang tren ETS dan KTM Komuter di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 1,000 pek cenderahati telah diagihkan kepada penumpang. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin

Bagi perkhidmatan tersebut, penumpang diingatkan agar menjaga barangan peribadi dengan baik dan berada di stesen sejam lebih awal sebelum waktu pelepasan bagi memudahkan urusan dokumentasi di pintu masuk.

Dalam pada itu, Anthony memberitahu,  projek KVDT 2  melibatkan landasan naik sepanjang 44 kilometer dari Simpang Pelabuhan Klang (SPK) ke Pelabuhan Klang, akan ditutup pada 29 April 2024.

“Perubahan jadual waktu semasa sektor KVDT akan berkuat kuasa mulai 20 April 2024 untuk hari minggu dan kelepasan am, serta 22 April 2024 untuk hari bekerja.

“Inisiatif dan kemajuan ini menunjukkan komitmen KTMB dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penumpang, terutamanya semasa musim perayaan seperti ini,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN