Kes tembak di KLIA: Polis dedah maklumat kes esok

Kes tembak di KLIA: Polis dedah maklumat kes esok

MOHD. Suhaily Mohd. Zain (tengah) semasa sidang akhabt di Ibu pejabat Polis Kontijen Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis akan mendedahkan maklumat berhubung kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor esok dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ketika ini polis dalam proses mengumpul maklumat  selepas suspek diberkas di kawasan sebuah hospital swasta di sini, pada pukul 3 petang ini.

“Esok suspek akan menjalani prosiding reman di Mahkamah Kota Bharu. Selepas semua maklumat diperoleh, kita akan kongsikan kepada pihak media esok,” katanya ketika ditemui pemberita di IPK Kelantan, di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, semasa ditahan suspek berada dalam keadaan sihat.

Utusan Online hari ini melaporkan, polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol yang digunakan oleh Hafizul Hawari, 38, semasa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor sejurus selepas menahan lelaki itu.

Sumber berkata, semasa ditahan berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota bertugas.

Menurutnya, suspek ditahan di hadapan sebuah hospital yang terletak beberapa meter dari IPK Kelantan.

“Semasa ditahan suspek berseorangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN