Keputusan UPKK 2023 diumum Khamis 

Keputusan UPKK 2023 diumum Khamis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Keputusan Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 akan diumumkan pada Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak keputusan calon pada 18 April ini bermula 12 tengah hari menerusi beberapa platform.

“Calon boleh menyemak melalui laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan nombor MyKad dan nombor angka giliran.

“Selain itu, semakan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPKKnomborMYKadnombor angka giliran dan hantar ke 15888,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 daripada pengurusan sekolah masing-masing bermula pada hari Jumaat, 19 April 2024. 

Lebih 233,000 calon menduduki UPKK 2023. 

Peperiksaan UPKK yang melibatkan subjek berkaitan agama Islam diselenggara Jakim. Ia diduduki murid tahun lima dan diguna pakai di semua sekolah yang mengikuti silibus jabatan itu.

Keputusan peperiksaan UPKK dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan. Ia juga boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN