Kemboja kembali jadi hab 'scam' ekoran konflik tegang di Myanmar

Kemboja kembali jadi hab ‘scam’ ekoran konflik tegang di Myanmar

AZIRUL Syafiq Sazali (tiga, kiri) ketika sidang media dengan tiga mangsa sindiket pemerdagangan manusia di KLIA Terminal 1. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setelah lebih setahun ‘sepi’, Kemboja sekali lagi kembali menjadi pusat sindiket jenayah penipuan panggilan atau ‘scam’ membabitkan mangsa pemerdagangan manusia.

Perkara itu didedahkan oleh aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali setelah ada mangsa berjaya diselamatkan dari sana.

“Saya jangka dalam masa dua atau tiga bulan lagi, Kemboja akan ganti Myanmar pula yang kini bergolak serius ekoran konflik bersenjata semakin tegang,” katanya ketika ditemui bersama Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim menyambut lima mangsa jenayah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.

Perang saudara di Myanmar bermula apabila kumpulan pemberontak Three Brotherhood Alliance melancarkan serangan ke atas tentera rejim junta pada akhir Oktober tahun lalu sekali gus menyaksikan banyak lokasi hab jenayah penipuan didalangi militan prokerajaan dikuasai askar pemisah dan merebak sehingga ke sempadan Thailand.

Mengulas lanjut, Azirul Syafiq berkata, berdasarkan maklumat diterima oleh MHO, banyak pusat sindiket itu ditutup antaranya di KK Garden yang terkenal dengan kegiatan tersebut.

Difahamkan tambah beliau, sebahagian besar penjenayah berkenaan sudah pun berada di Poipet, sebuah bandar perjudian popular di Kemboja yang bersempadan dengan Thailand.

Dari situ pula jelasnya, sindiket tersebut bergerak ke Bavet yang terletak dekat sempadan dengan Vietnam dan banyak kasino selain terdapat pula Zon Ekonomi Khas Kemboja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN