Keluarga Nadir Al-Nuri disatukan, bukti kepimpinan Anwar dihormati dunia

Keluarga Nadir Al-Nuri disatukan, bukti kepimpinan Anwar dihormati dunia

ANWAR Ibrahim bertemu Muhammad Nadir Al-Nuri dalam satu program baru-baru ini.- GAMBAR/FACEBOOK MUHAMMAD NADIR AL-NURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejayaan menyatukan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman membuktikan keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada soal kebajikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, daya kebijaksanaan kepimpinan beliau yang cukup dihormati dunia sehingga misi besar menyatukan keluarga Nadir yang sebelum ini berada di Paelstin terlaksana dengan jayanya.

“Setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Muhammad Nadir.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhammad Nadir Al-Nuri mendedahkan Perdana Menteri merupakan watak utama dalam ‘Misi Gila’ membawa anak-anaknya pulang ke Malaysia.

Muhammad Nadir dalam satu hantaran berkata, segalanya bermula apabila beliau bersama sahabatnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang untuk menemui Anwar pada satu majlis di Shah Alam.

Katanya, ketika itu beliau sempat memberitahu kepada Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.

Katanya, proses membawa pulang keluarganya itu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1,001 cabaran tersirat, namun tidak semua beliau berhak untuk kongsikan.

Susulan itu, Anwar dalam reaksi balasnya menzahirkan kesyukuran kerana keluarga Muhammad Nadir berjaya disatukan.

“Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya disatukan.

“Penghargaan tidak terhingga buat sahabat saya Presiden Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN