PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam fasa akhir untuk mencapai persetujuan perkongsian data mengenai pelarian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR). Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkongsian data itu penting bagi memudahkan kerajaan melaksana langkah seterusnya dalam pengurusan pelarian di negara ini secara lebih komprehensif. Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan wakil Suruhanjaya Tinggi UNHCR, Thomas Albrecht di Parlimen pagi tadi. “Perbincangan…