PETALING JAYA: Bukan sahaja dibuli malah dipukul dan ditumbuk. Itu penderitaan dialami seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang cedera angkara perbuatan sekumpulan kanak-kanak lain di satu kawasan perumahan di Kajang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Muhamad Nasir Drahman berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga pengasuh kanak-kanak itu pada 11 April lalu. “Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera dipercayai diperlakukan oleh kira-kira empat hingga lima kanak-kanak…










