Kalau tuduhan salah boleh tutup mulut - Sanusi - Utusan Malaysia

Kalau tuduhan salah boleh tutup mulut – Sanusi

MUHAMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hairan dengan permintaan jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang memintanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang komen.

Beliau yang merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, menjadi kebiasaan untuk pemimpin politik mengeluarkan kenyataan atau mengulas sesuatu perkara apabila menjelang mana-mana pilihan raya.

“Awat (kenapa) menteri ‘gol dan gincu’ (Fahmi) cakap macam itu? Tak kan nak masuk pilihan raya diam-diam.

“Kalau tuduh orang ada rumah RM7 juta, rupanya tuduhan tak betul, boleh lah tutup mulut duduk diam-diam. Itu pun kalau ada rasa malu,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Fahmi meminta Muhammad Sanusi untuk berdiam diri dan memberi tumpuan kepada projek yang telah diumumkan di negeri Kedah yang kebanyakkan belum siap.

Kenyataan itu susulan komen Pengerusi PN Kedah itu yang berkata, keputusan MCA untuk tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini akan menambah lagi keretakan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Dia sudah retak, kita akan pecahkan lagi menjadi belah. Itu kerja politik,” kata Muhammad Sanusi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN