Isu tanah di Dengkil: Amirudin sedia saman Chegubard

Isu tanah di Dengkil: Amirudin sedia saman Chegubard

KUSEL
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersedia menghantar surat saman terhadap aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shahrin kerana memfitnah dirinya dengan mendakwanya meluluskan penjualan tanah di Dengkil kepada pemaju.

Malah beliau mengesahkan bahawa syarikat pemaju hartanah, Landasan Lumayan Sdn. Bhd. juga sudah bertindak awal menyaman terus individu tersebut lebih seminggu lalu.

“Saya nampak ini strategi lawan untuk alih perhatian rakyat dengan buat tuduhan konon gempar tetapi hanya bersifat sampah,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minggu lalu, Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard menerusi satu kenyataan membuat dakwaan itu melibatkan kawasan milik kerajaan Selangor seluas lebih 40 hektar untuk syarikat itu yang juga dilantik oleh pihak berkuasa negeri tersebut bagi projek Selangor Maritime Gateway.

Mengulas lanjut, Amirudin dengan tegas menyangkal tohmahan aktivis berkenaan dan mengakui beliau tengah dalam proses pengurusan kes saman fitnah terhadap Chegubard.

“Saya nampak dia cuba bina persepsi naratif buruk kepada kerajaan Selangor,” katanya yang menjelaskan bahawa syarikat terbabit pernah menyaman Chegubard tahun lepas.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat tidak menolak kemungkinan isu tanah itu sengaja dicetuskan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu.

“Sesiapa yang mahu ikut sekali ‘berjemaah’ disaman dengan beliau, dipersilakan, tetapi percayalah semua fakta dibongkarkannya itu memang ke laut (tidak benar),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini