Gerakan bertanding atau tidak di Kuala Kubu Baharu?

Gerakan bertanding atau tidak di Kuala Kubu Baharu?

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persoalan sama ada Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) akan meletakkan calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu masih belum terjawab sehingga kini.

Dalam kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, beliau tidak menyebut parti manakah yang bakal meletakkan calon meskipun akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor dikatakan mahu diberikan laluan merampas kerusi itu daripada penguasaan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, Hamzah dalam kenyataan itu hanya membincangkan persiapan bagi berdepan  PRK dan mengarahkan jentera pilihan raya digerakkan sepenuhnya dalam usaha untuk meraih sokongan pengundi di Kuala Kubu Baharu.

“PN akan terus konsisten menjadi suara yang menjuarai nasib rakyat dan membela ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan yang semakin mengecewakan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, pihaknya mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi semalam bagi membincangkan pemilihan calon parti itu bagi PRK berkenaan.

Gerakan minggu lalu sebulat suara memutuskan untuk bertanding di PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, namun terserah kepada PN untuk memutuskan demikian.

Sementara itu, Hamzah memaklumkan, PN  menerima masuk Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sebagai anggota baharu bagi mengukuhkan lagi pihaknya sebagai wadah perjuangan segenap lapisan rakyat berbilang kaum, agama dan latar belakang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN