KUALA TERENGGANU: Empat individu di negeri ini mengalami kerugian lebih RM126,000 setelah disyaki menjadi mangsa penipuan sindiket penjualan barang kemas secara dalam talian, minggu lalu. Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, siasatan awal mendapati mangsa pertama iaitu wanita berusia 29 tahun mahu membeli dua utas gelang emas pada harga RM512 menerusi aplikasi TikTok. Beliau berkata, suspek bagaimanapun telah memperdayakan mangsa yang diarahkan untuk membuat 20 transaksi pembayaran ke dalam…










