DAP kekal utuh  pada PRK Kuala Kubu Bharu?

DAP kekal utuh  pada PRK Kuala Kubu Bharu?

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) yang terus meningkat dalam kalangan rakyat tidak mengurangkan kekuatan DAP untuk  mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap DAP sangat besar iaitu menghampiri 85 peratus jumlah penyokong di kawasan itu. 

“Calon berbangsa Cina di kawasan itu akan memberikan keselesaan kepada parti berkenaan kerana penyokong tegar mereka adalah pengundi bukan melayu. 

“Calon Melayu juga tidak akan kurang sokonganya kerana mereka (penyokong) lebih melihat kepada parti bukannya calon,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Menilai daripada kemenangan pilihan raya lepas, Azmi turut berpendapat, keselesaan yang dirasai DAP tidak akan tergugat walaupun MIC, Bersatu mahupun Pas turut  bertanding.

Dalam pada itu, pensyarah kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd. Muis berkata, pertembungan antara MCA dan DAP hanya akan menyebabkan perpecahan undi yang tidak menguntungkan mana-mana parti. 

“Isu 3R yang semakin meningkat pada masa ini tidak akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) kerana sentimen semasa dilihat memberi kesan balas dalam kalangan bukan Melayu terutamanya orang Cina. 

“Pemecahan ini akan sedikit sebanyak boleh menjejaskan peluang DAP”, katanya. 

Jelas Mujibu lagi, terdapat tiga senario penting yang bakal menentukan siapa bakal pemenang di Kuala Kubu Bharu. 

“Pertama, undi Melayu lebih kukuh kepada PN dan undi bukan melayu terpecah terutamanya dalam  kalangan pengundi India. Kedua, peratusan keluar mengundi kurang terutamanya kalangan orang Cina dan ketiga, siapakah calon – calon yang akan dipertandingkan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mujibu turut berpendapat bahawa faktor penting dalam PRK Kuala Kubu Bharu adalah sejauh mana Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) boleh meraih undi pengundi Melayu yang  menyaksikan pola pengundian mereka berubah kepada PN sejak Pilihan raya Umum ke 15 dan beberapa pilihan raya negeri.

“Kalau PN letakkan calon Melayu, kemungkinan undi Melayu akan jatuh kepada mereka dan pertembungan MIC – DAP sudah tentu perlu dielakkan,” ujarnya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya