PH Johor perlukan ‘lampu ajaib’ tewaskan BN

PH Johor perlukan ‘lampu ajaib’ tewaskan BN

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor memerlukan ‘lampu ajaib’ sekiranya berhasrat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, PH sememangnya pernah berjaya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menerusi kempen fitnah dan janji kosong kepada rakyat.

“Memang boleh dengan syarat PH mampu memperoleh ‘lampu ajaib’ luar biasa kali kedua untuk membohongi rakyat seperti yang mereka buat pada tahun 2018,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook. 

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan semasa Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini, mengenai tekad PH untuk menguburkan BN buat kali kedua di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas gabungan itu mengumumkan untuk bergerak secara solo.

Jelasnya, perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana pihaknya pernah memenangi sehingga 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dahulu.

Bagaimanapun, Mohd. Puad berkata, PH kini kehilangan ‘lampu ajaib’ tersebut susulan tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli yang dikatakan banyak membuat pendedahan sehingga menjejaskan gabungan itu sendiri.

Jelasnya, Rafizi kini bukan lagi ‘lampu ajaib’, sebaliknya bertukar menjadi ‘lampu suluh’ yang mengkucar-kacirkan PH dengan pelbagai pendedahan yang didakwanya gagal dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut memperlekeh kemampuan Aminolhuda dengan mendakwa standard pemimpin PH Johor itu terlalu jauh berbanding Rafizi.

“Standard Aminolhuda terlalu jauh berbanding Rafizi, seperti langit dengan bumi,” katanya.

Mohd Puad dalam masa sama turut menyindir Aminolhuda sendiri berdepan risiko ‘terkubur’ di kerusi Parlimen Sri Gading. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN