Kekalkan perpaduan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya - Mohamad Sabu

Kekalkan perpaduan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya – Mohamad Sabu

MOHAMAD Sabu ketika berucap pada program Ceramah Isu-Isu Semasa di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Semua parti di bawah Kerajaan Perpaduan sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengekalkan perpaduan yang terjalin sekurang-kurangnya untuk tempoh sehingga pilihan raya.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) , Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hal ini penting bagi membolehkan kerajaan sedia ada terus berkuasa sekali gus mengelakkan berulangnya perbuatan ‘tebuk atap’.

“Jagalah perpaduan antara kerajaan kita, sama ada PH atau BN, kekalkan perpaduan itu. Paling kita marah pun, (tunggulah) sehingga pilihan raya dulu. Jangan kita buat kecoh sebelum pilihan raya untuk jaga perpaduan antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Isu-Isu Semasa yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin politik lain termasuk Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung yang juga Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Faiz Fadzil di Sungai Dua di sini, malam tadi.

Hadir sama Ahli Pimpinan Pusat PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan; pemimpin DAP Pulau Pinang merangkap ADUN Padang Lalang, Daniel Gooi Zi Sen serta beberapa beberapa pemimpin politik yang lain.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sekiranya perpaduan antara PH dan BN tidak berlaku seperti yang diharapkan menjelang pilihan raya nanti, maka, kepimpinan tertinggi bagi kedua-dua parti akan memutuskan apa yang perlu dilakukan.

“Tapi, buat masa sekarang ini, kita bersama. Sekiranya keadaan menjelang pilihan raya itu berlaku formula (keadaan) yang lain pula, maka, kita akan hadap ikut cara lain,” tegas beliau.

Sementara itu, Faiz turut senada dengan Mohamad dan mahu kedua-dua pihak iaitu PH dan BN terus bersatu dan mempertahankan perpaduan antara mereka.

“Bergaduh macam mana pun dengan UMNO (BN) seperti yang berlaku di Negeri Sembilan, saya nak umumkan bahawa mereka tetap kawan kita (PH). Jangan lupa, kita kena sayang lagi UMNO. Tapi UMNO pun kena sayangkan Pakatan Harapan juga. Nak ‘kahwin’ ini tak boleh sebelah pihak sahaja.

“Mereka kawan kita bukan sahaja di Perlis, bukan sahaja di Kedah dan bukan sahaja di Pulau Pinang. Tetapi, di semua negeri dalam Malaysia ini. Supaya apa? Supaya kita dapat tadbir kerajaan dengan lebih baik,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN