Anwar sahkan MIC nafi boikot kempen PRK KKB - Utusan Malaysia

Anwar sahkan MIC nafi boikot kempen PRK KKB

MIC PRK
ANWAR Ibrahim hadir Konvensyen 25 Tahun PKR di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: MIC dilapor menafikan dakwaan partinya memboikot kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima panggilan daripada Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran menafikan dakwaan tersebut dan akan turun ke sana esok.

“Tak betul, presiden MIC telefon, beritahu dia akan pergi esok (Isnin). Dia kata dia akan tolong (kempen) di PRK Kuala Kubu Bharu. Vigneswaran sebut macma itu. Tak betul laporan-laporan kata dia takkan beri kerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen 25 Tahun PKR, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kempen PRK Kuala Kubu Bharu sekiranya calon dikemukakan bukan daripada BN.

Malah, MIC sebelum ini turut membuat keputusan sama dengan alasan serupa.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu minggu depan sebelum hari pengundian pada 11 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN