Aniq Muhai, Adnin Roslan pecah stereotaip lagu nasyid - Utusan Malaysia

Aniq Muhai, Adnin Roslan pecah stereotaip lagu nasyid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahu tampil berbeza, penyanyi dan pendakwah, Aniq Muhai dan Adnin Roslan muncul membawa kelainan menerusi sebuah lagu nasyid berentak rancak dan energetic

Lagu bertajuk Jangan Risau itu disesuaikan dengan citarasa pendengar masa kini yang sejumlah besarnya tertarik dengan lagu-lagu berentak sebegitu.

Menurut Aniq, lagu-lagu dakwah perlu diberi nafas baru untuk kekal relevan mengikut peredaran zaman. 

“Kita nak pecahkan stereotaip yang mengaitkan lagu-lagu dakwah dengan konsep melankolik dan berentak perlahan sahaja. Sebenarnya  mesej dakwah juga boleh disampaikan menerusi lagu rancak dan ceria. 

“Irama dan melodi seperti ini yang mana moodnya lebih santai dan gembira mudah diterima pendengar masa sekarang. 

“Percubaan seperti ini bukanlah pertama, malah sebelum ini saya lakukan menerusi lagu Kun Qowiyyan yang diterbitkan tahun lepas. Ia menampakkan hasil. Langkah sama saya teruskan menerusi lagu Jangan Risau,” katanya.

Menurut Adnin yang juga komposer dan pencipta lagu berkenaan, Jangan Risau dihasilkan untuk memberi gambaran tentang cabaran  yang dihadapi oleh mereka yang berhadapan masalah kerisauan melampau (anxiety).. 

“Masalah kerap memikirkan perkara mendatang, membuatkan kita takut membuat keputusan dan pilihan hidup. Masalah risau berlebihan ini akan membuatkan kita semakin tertekan dan susah untuk maju kedepan. 

“Sebab itu saya cipta Jangan Risau dengan rentak sebegini. Lagu sedih yang melayan perasaan dah banyak dipasaran. Kenapa tidak kita hasilkan lagu yang ceria supaya orang boleh tersenyum dan dapat kekuatan dengan mendengarnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, muzik video lagu berkenaan menampilkan keunikan apabila watak cameo Adnin dinyanyikan penyanyi rap, Albert Rahim. 

Jangan Risau memaparkan mesej positif dan menginspirasi pendengar. Lagu ini mengajak pendengar untuk sentiasa yakin dengan hikmah dan takdir yang Allah S.W.T tentukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN