40 penerbangan AirAsia ke Sabah, Sarawak disambung malam ini

40 penerbangan AirAsia ke Sabah, Sarawak disambung semula malam ini

SEPANG, 18 APRIL 2024 - Norazida Zainal 52, bersama anaknya menunjukkan jadual penerbangan ke Sabah yang terkandas akibat pembatalan penerbangan kerana letupan Gurung Ruang, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - PIXS ONLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak 40 penerbangan AirAsia bagi laluan ke Sabah dan Sarawak disambung semula malam ini selepas dibatalkan hari ini ekoran letusan gunung berapi yang tercetus di Sulawesi Indonesia.

Difahamkan, penerbangan pertama akan dibuat pada pukul 7.05 malam ini melibatkan laluan Kuala Lumpur- Bintulu, seterusnya diikuti oleh destinasi Kuala Lumpur-Sibu dan Johor Bahru- Sibu pada pukul 7.15 malam.

Air Asia dalam satu kenyataan berkata, antara destinasi lain yang turut disambung semula penerbangan melibatkan laluan seperti Kuala Lumpur- Kuching, Kota Bharu- Kuching dan Kuala Lumpur- Tawau.

Jelasnya, beberapa laluan antarabangsa seperti Singapura- Kuching, Hong Kong- Kota Kinabalu, Taipei- Kota Kinabalu dan Shenzen-Kota Kinabalu juga akan disambung semula.

“AirAsia telah memaklumkan semua tetamu yang terjejas. Tetamu yang melancong ke atau dari destinasi yang terlibat digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk pemberitahuan pembatalan.

“Tetamu AirAsia yang melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang terjejas amat digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” katanya hari ini.

Hari ini, keadaan sesak dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah apabila ribuan penumpang dilaporkan terkandas bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan tinjauan di KLIA Terminal 2, penumpang terjejas dilihat masih berkumpul di ruang pelepasan bagi mendapatkan perkembangan terkini selain menjadualkan semula penerbangan termasuk ke Brunei.

Difahamkan, antara penerbangan Air Asia terjejas melibatkan laluan ke Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching serta Brunei yang dijangka dibatalkan sehingga pukul 8 pagi esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya