28,531 calon UPKK 2023 peroleh keputusan semua 8A

28,531 pelajar dapat 8A peperiksaan UPKK

MOHD. Na'im Mokhtar menerima buku laporan Analisis Keputusan UPKK 2023 di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran peperiksaan itu.

Jumlah itu meningkat berbanding 19,266 calon memperoleh 8A pada tahun 2022.

Mata pelajaran terbabit ialah Bidang al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Sirah; Adab (Akhlak Islamiah); Jawi dan Khat; Lughatul Quran; Penghayatan Cara Hidup Islam; serta Amali Solat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, 88 peratus calon mencatat keputusan lulus keseluruhan iaitu peratusan sama pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula menunjukkan peningkatan iaitu 1.89 mata berbanding 1.99 mata pada tahun sebelumnya.

“GPS mata pelajaran UPKK 2023 turut meningkat iaitu al-Quran sebanyak 1.35 mata; Ulum Syariah (2.52); Sirah (2.31); Adab (2.03); Jawi dan Khat (1.97); Lughatul Quran (2.56); Penghayatan Cara Islam (1.17) dan Amali Solat (1.17).

“Calon yang mendapat 8A berjumlah 28,531 calon dengan peratusan 12.37 peratus manakala, calon yang mendapat 7A berjumlah 18,185 calon dengan peratusan 7.89 peratus.

“Calon yang mendapat 6A berjumlah 19,606 calon dengan peratusan 8.50 peratus, manakala calon yang mendapat 5A berjumlah 25,697 calon dengan peratusan 11.14 peratus,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2022, di sini, hari ini.

Katanya, secara keseluruhan, majoriti semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan peratusan kelulusan.

Ditanya mengenai lebih 4,000 calon tidak hadir peperiksaan pada UPKK 2023 lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia berlaku di luar kawalan pihaknya sepertimana peperiksaan utama lain.

Menurutnya, secara keseluruhannya, seramai 4,721 calon tidak hadir pada UPKK tahun lalu.

“Bagaimanapun, kami akan terus beri kesedaran kepada ibu bapa dan penyelia KAFA negeri mengenai isu ketidakhadiran itu,” katanya.

Seramai 233,776 calon telah mendaftar bagi menduduki UPKK Tahun 2023 iaitu penurunan sebanyak 4.13 peratus (10,074 calon) berbanding 243,852 calon pada tahun 2022.

Selain itu, sejumlah 230,587 calon telah hadir untuk menduduki  UPKK tahun 2023 berbanding 234,931 calon semasa UPKK tahun 2022. РUTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN