KUALA NERUS: Sejumlah 2,499 kes tangkapan ular telah direkodkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Pengarah APM Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 738 kes dilaporkan pada Januari, 939 kes (Februari) dan 822 kes (Mac). Beliau berkata, jumlah kes tangkapan reptilia berbisa itu dijangka terus meningkat ekoran cuaca kering dan panas melampau ketika ini yang menyebabkan ular keluar dari habitat…