SETIU: Kira-kira 150 buah kubur lama di Kampung Bari Kecil , di sini berisiko ‘ditelan’ laut akibat hakisan pantai yang berlaku di kampung itu sejak lapan tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bari Kecil, Abu Bakar Omar berkata, jumlah kubur lama tersebut adalah sebahagian daripada 520 buah kubur yang terdapat di situ. Katanya, ketika ini kedudukan kubur berusia kira-kira 80 tahun itu dianggarkan hanya 30 meter…










