Wajah Marissa Dania Hakim dikaburkan dalam iklan raya - Utusan Malaysia

Wajah Marissa Dania Hakim dikaburkan dalam iklan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah syarikat jenama pakaian ibarat menangguk di air keruh apabila meniru taktik mengaburkan wajah seorang pelakon wanita yang pernah tular sebagai stategi pemasaran satu jenama kesihatan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, wajah pempengaruh kontroversi, Marissa Dania Hakim, dikaburkan untuk sebuah iklan raya yang sebelum ini pernah juga tular dalam kes berbeza.

“Yang mana anda paling paling suka?” demikian kapsyen ringkas hantaran berkenaan.

Walaupun nampak sekadar berjenaka, tindakan syarikat berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata menyindir tindakan itu.

“Barulah boleh nak beli. Hari itu penyondol jadi model terus tak jadi,” tulis satu komen.

“Takut kena boikotkan? Itu yang kaburkan muka,” kata komen yang lain.

“Sekarang baru nak ‘blur’? kenapa hari itu tak buat?” tanya seorang pengguna.

Terdahulu, wajah seorang pelakon wanita dikaburkan dalam sebuah iklan raya pada 9 Mac lalu. Tindakan tegas itu dilakukan pengeluar syarikat makanan kesihatan sebagai tanda tiada kompromi terhadap artis bermasalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN