SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan Hajar Sazrul Travel & Tours Sdn Bhd membayar RM634,400 kepada 25 jemaah haji yang menggunakan Visa Furada di bawah kelolaan syarikat itu, lima tahun lalu. Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan demikian selepas semua plaintif yang membuat tuntutan berjaya membuktikan kes terhadap defendan. Syarikat itu turut diperintah membayar faedah pada kadar lima peratus atas jumlah keseluruhan tuntutan yang dikira bermula tarikh kemungkiran pada…