PUTRAJAYA: Seramai 11 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi yang baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah.
Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman berlangsung di Istana Kehakiman di sini, hari ini.
Antara dalam senarai ialah Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Zamri Bakar, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong, Pengarah Mahkamah Johor, Rihaida Rafie, Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad serta Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Asmadi Hussin.
Turut tersenarai ialah bekas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Zalita Zaidan, peguam bela dan peguam cara, Mohamad Redzuan Idrus, Alvin Leong Yin Yuan, Azhar Mokhtar, Clive Jublee dan Datuk Seri Raja Segaran S. Krishnan. – UTUSAN










