UMNO tak layak cakap tentang pengkhianatan - Ramasamy

UMNO tak layak cakap tentang pengkhianatan – Ramasamy

P. RAMASAMY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr. P. Ramasamy mengingatkan Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki supaya berhati-hati menggunakan perkataan khianat.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, UMNO bukan parti yang mulia untuk bercakap tentang pengkhianatan.

“Jika Bersatu dilahirkan dan diasuh melalui pengkhianatan, bagaimana pula dengan PKR. Bukankah PKR satu lagi klon UMNO? Adakah penubuhan PKR satu pengkhianatan kepada UMNO? Adakah Presiden PKR ketika ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meninggalkan UMNO?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan politik pembentukan PKR mungkin berbeza dengan Bersatu tetapi DNA adalah sama. Ahli UMNO yang keluar parti untuk menyertai PKR? Mengapa Asyraf mengelak daripada menuduh PKR sebagai pengkhianat?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, walaupun UMNO tidak mempunyai masalah dengan sokongan wakil rakyat Bersatu kepada kerajaan pimpinan Anwar, dia mendakwa “pengkhianat tetap pengkhianat”.

Jelasnya, Bersatu merupakan parti yang diasaskan berdasarkan ‘pengkhianatan’ ahli-ahlinya kepada UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Kini, katanya, Bersatu terpaksa membayar ‘harga kecurangan’ yang dilakukan mereka sebelum ini.

Menurut Ramasamy, jika PKR adalah cabang UMNO, maka mengapa UMNO perlu mempunyai kerajaan campuran dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR dan DAP.

“UMNO yang telah berjuang habis-habisan menentang DAP kini telah menerima bekas musuh politiknya. Bukankah ini pengkhianatan di pihak UMNO?

“Mampukah Asyraf mempertahan kerjasama politik dengan PKR dan DAP dalam PH? “Bukankah parti-parti politik ini pernah menjadi musuh UMNO? Dalam hal ini, bagaimana Bersatu berbeza dengan PKR dan DAP?,” soalnya.

Katanya,  Asyraf Wajdi mungkin bercakap tentang UMNO sebagai parti suci tetapi hakikatnya ia adalah parti yang hampir kehilangan sokongan orang Melayu.

“Asyraf dan pemimpin UMNO yang lain harus sedar bahawa matahari telah terbenam untuk UMNO dan akan menjadi angan-angan bagi UMNO untuk mencapai kejayaan lampaunya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×