UMNO Sabah tidak hadkan kerjasama dengan satu parti

UMNO Sabah tidak hadkan kerjasama dengan satu parti

BUNG Moktar Radin (tiga kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang asnaf pada Majlis Berbuka Puasa di Papar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: UMNO atau Barisan Nasional (BN) Sabah tidak mengehadkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Ne­ge­ri (PRN) kepada satu parti sahaja.

Pengerusi Perhubungan UM­NO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO akan melihat kepentingan rakan komponen dan parti-parti lain yang boleh menyumbang kerusi dan membolehkan UMNO kembali memerintah di negeri ini.

“Kita tidak hanya berbincang dengan satu parti sebaliknya, kita bincang dengan pelbagai parti sebab dalam pilihan raya, kita perlukan angka.

“Satu parti, biarpun parti kecil, kalau mampu menyumbang satu atau dua kerusi boleh dikira menambah bilangan ke­rusi kita.

“Maka, kita lakukan de­ngan kebijaksanaan kita untuk ber­bincang dengan rakan-rakan komponen serta parti lain untuk mengambil alih ke­pemimpinan negeri Sabah,” ka­tanya semasa Majlis Berbu­ka Puasa sempena Jelajah Ra­madan UMNO, di Dewan Ma­syarakat Papar, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perbincangan bersama Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengenai kerjasama dengan parti lain menjelang pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, PRN akan datang mereka mahu mengubah Sabah supaya lebih membangun.

“Kita akan tukar Sabah supaya betul-betul berjaya dan bukan sekadar retorik. Kita sudah merdeka 61 tahun, Ketua Menteri silih berganti tapi rea­litinya keadaan masih teruk, macam belum merdeka.

“Ini yang betul-betul mendorong saya dan rakan-rakan untuk terus berjuang sebab saya tidak percaya Sabah tidak boleh berubah menjadi negeri yang lebih makmur daripada sekarang. Perubahan memerlukan pemimpin yang berani dan bukan retorik dengan pelbagai slogan ‘Sabah Maju Jaya’ tapi tidak juga berjaya,” katanya.

Menurut Bung Moktar, UM­NO Sabah telah menyedia­kan tawaran baharu untuk rakyat Sabah pada PRN akan datang bagi memastikan rakyat terkeluar daripada kemiskinan.

Menyentuh tentang sasaran kerusi, Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata, UMNO dalam proses merangka bagaimana agihan kerusi boleh dilakukan.

Pada PRN 2020, daripada 73 kerusi DUN yang dipertan­dingkan, UMNO telah memenangi 14 kerusi dan ketika itu, mereka bertanding sebanyak 41 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN