PETALING JAYA: Polis sedang menunggu keputusan cap jari yang diambil dari bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, minggu lalu, bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, hasil pemeriksaan menemukan kesan cap jari dan polis sudah menghantarnya untuk dianalisis di makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kita masih menunggu keputusan cap jari terbabit…










