PETALING JAYA: Walaupun berstatus saudara baharu, tiga mualaf antara individu bertuah selepas terpilih untuk menunaikan umrah dengan ditaja sepenuhnya bagi menghayati Islam. Ketiga-tiga mualaf itu iaitu Nur Ain Sumaiyah, Nur Wafa Abdullah dan Muhammad Hafiz Abdullah yang mendapat tajaan umrah daripada Pertubuhan Akademi Al Bayan. Pengarah Eksekutif Pertubuhan Akademi Al Bayan, Dr. Nur Mohammad Hadi berkata, pemilihan ketiga-tiga mualaf tersebut secara profesional dengan mengikut kemampuan dan kebolehan mendalami agama Islam.…