PONTIAN: Majlis Perbandaran Pontian ( MPPn ) tidak membenarkan mercun dijual di bazar Ramadan yang khususnya untuk menjual juadah berbuka puasa sahaja. Yang Dipertua MPPn, Abd. Razak Ab. Khalid berkata, pihaknya sudah memberikan peringatan kepada para peniaga supaya menghentikan penjualan mercun atau bunga api sebelum tindakan susulan diambil. Katanya, perniagaan menjual mercun perlu mendapatkan permit khas daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan mereka boleh menjalankan perniagaan ditempat yang ditetapkan.…