Terlanggar badan: Lelaki tempatan maut ditumbuk warga asing 

Terlanggar badan: Lelaki tempatan maut ditumbuk warga asing 

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail (kiri) ketika sidang akhbar di IPD PJ hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara terlanggar badan, seorang lelaki tempatan maut ditumbuk warga asing di sebuah premis hiburan di sini pada Sabtu lalu. 

Kejadian pada pukul 1 pagi berlaku apabila mangsa dan suspek berusia 40-an yang tidak mengenali antara satu sama lain  berada di pusat hiburan tersebut untuk berhibur.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, semasa di lokasi kejadian, suspek warga asing itu dikatakan terlanggar badan mangsa sebelum berlaku pertengkaran.

Menurut beliau, warga asing itu dikatakan  tidak berpuas hati selepas mangsa didakwa menendang  suspek dan sebagai tindak balas suspek terus menumbuk bahagian kepala mangsa.

“Akibat satu  tumbukan itu mangsa terus terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

“Susulan itu polis menahan lelaki warga asing terbabit bagi membantu siasatan dan direman sehingga 29 Mac ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata, rakan mangsa yang terlibat dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN