KUALA LUMPUR: Tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan pasangan selebriti atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini bukan gimik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebaliknya serbuan dilakukan selepas menerima laporan daripada pihak ketiga. “Sekiranya siasatan dapati ada kelakuan maksiat berlaku, Jawi tidak akan berkompromi kompromi semata-mata untuk melakukan promosi bersama selebriti atau…