PARIT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Bandar Universiti di sini, yang mempunyai kapasiti 1,200 jemaah. Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan pemimpin dan pentadbir negeri. Pada majlis perasmian yang diadakan itu, baginda turut berkenan menanam pokok Bunga Tanjung sebagai simbolik merasmikan masjid tersebut. Majlis itu turut diserikan dengan program berbuka puasa yang diadakan dalam pekarangan masjid melibatkan lebih 500 orang…










