SST lapan peratus tidak jejas golongan M40, B40 - Utusan Malaysia

SST lapan peratus tidak jejas golongan M40, B40

AMIR Hamzah Azizan (kiri) mengadakan lawatan di Bank Bergerak BSN di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh, Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada awal bulan ini daripada enam kepada lapan peratus tidak begitu menjejaskan golongan M40 dan B40.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini kerana kenaikan cukai itu terkecuali kepada perkara kritikal yang diperlukan dalam kehidupan seharian seperti makanan, minuman, parkir dan telekomunikasi.

“Perkhidmatan air dikecualikan SST sejak dahulu lagi, sementara pengguna elektrik pula bawah 600 Kilowatt-jam (kWj) tidak dikenakan cukai ini.

“Pengguna tenaga elektrik yang dikenakan SST hanya 15 peratus daripada pengguna domestik. Golongan M40 dan B40 tidak terkesan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Rintis Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Batang Padang, Tapah, Perak di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh di sini hari ini.

Kenaikan cukai SST sebanyak dua peratus mengundang pelbagai komen dalam media sosial dan rakyat yang agak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat mutakhir ini.

Kebanyakkan pengguna khuatir kenaikan itu yang dikenakan kepada industri akan diserap oleh pengguna akhir iaitu rakyat negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Amir Hamzah memaklumkan pihak kerajaan perlu meningkatkan hasil kewangan negara kerana kekangan tertentu.

“Namun apa-apa perubahan, kita (kerajaan) jaga mereka yang terkesan supaya tidak dikenakan tekanan yang lebih berdasarkan konsep Malaysia Madani.

“Lebih penting kenaikan SST kita pulangkan kepada mereka yang memerlukan seperti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN