Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong dilantik Duta Jenama Cuckoo - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong dilantik Duta Jenama Cuckoo

Dari kiri, Siti Nurhaliza, Hoe, Jaclyn Victor dan Phei Yong pada sesi pengenalan Duta Jenama CUCKOO 2024 semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peneraju jenama pencipta kediaman sihat, Cuckoo International memperkenalkan barisan duta baharunya semalam di Bazar Cuckoo x Riuh #SamaSamaRaya di Sentul Depot, di sini semalam.

Meneruskan peranannya sebagai duta jenama Cuckoo untuk tahun kelima adalah penyanyi legenda tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang sememangnya sudah terkenal sebagai rakan setia CUCKOO dan penyokong tegar gaya hidup sihat

Beliau disertai oleh dua duta jenama baharu, termasuk pemuzik ikonik negara, Jaclyn Victor, serta selebriti berpengaruh dan berbakat, Phei Yong, yang akan memainkan peranan mereka sebagai penyokong visi #SAMASAMAHealthier Cuckoo bersama Siti Nurhaliza.

Dari kiri, Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Phei Yong pada sesi pengenalan Duta Jenama CUCKOO 2024 semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, sebagai kesinambungan daripada kerjasama Siti Nurhaliza bersama Cuckoo sejak 2020, pihaknya berbesar hatinya mengalu-alukan kehadiran Jaclyn Victor dan Phei Yong ke dalam Cuckoo Family.

Jelasnya, ketiga-tiga duta tersebut mencerminkan semangat jenama ‘Untuk Setiap Kamu’ dengan memberi inspirasi kepada semua lapisan dan generasi masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Pelantikan duta-duta baharu ini didorong oleh semangat yang sepadan dengan nilai teras Cuckoo. Barisan duta ini akan membawa mesej #SAMASAMAHealthier kepada rakyat Malaysia menerusi latar belakang yang unik dan dinamik masing-masing.

“Bersama dengan ketiga-tiga duta ini, Cuckoo berhasrat untuk membina hubungan yang lebih erat dengan rakyat Malaysia serta menggalakkan lebih ramai untuk memiliki gaya hidup yang lebih sihat.

“Mereka yang dilantik juga bakal berkongsi pengalaman mereka dalam mencapai keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, dan seterusnya memberi inspirasi kepada rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, Bazar Cuckoo x Riuh #SamaSamaRaya Bazar Raya yang berlangsung selama tiga bermula merupakan anjuran bersama Riuh, sebuah platform kreatif di bawah MyCreative Ventures.

Acara pelancaran bazar itu telah diserikan dengan persembahan memukau bertaraf dunia daripada Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor. SementaraPhei Yong dan bersama hos acara yang juga merupakan pelawak terkenal, Nabil Ahmad, telah menyuntik sketsa komedi yang berjaya mencuit hati para hadirin.

Persembahan Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor mendapat tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.

#SAMASAMABuat Baik di BAZAR CUCKOO X RIUH

Selaras dengan semangat Ramadan, Cuckoo turut memperkenalkan dua inisiatif pada majlis pelancaran tersebut dengan tema kempen Ramadan-Raya Cuckoo, iaitu #SAMASAMABuatBaik.

Inisiatif-inisiatif ini juga merupakan lanjutan kepada nilai #SAMASAMAHealthier CUCKOO untuk memberikan impak positif kepada komuniti. Kempen #SAMASAMABuat Baik ini mengajak penglibatan orang ramai agar sama-sama membantu golongan yang memerlukan.

“Kamu Like, Cuckoo Derma’s adalah satu inisiatif yang mengajak orang ramai untuk mengambil bahagian dalam kempen digital Cuckoo di platform Facebook Cuckoo rasmi (@CUCKOOInternational) yang mengumpulkan ‘likes’ yang akan menjadi penentu kepada sumbangan bilangan penapis air ke rumah rumah atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

“Kamu Derma, Cuckoo Salurkan’ pula adalah inisiatif yang menggalakkan orang ramai untuk menyumbang barangan keperluan seperti makanan kering dan makanan dalam tin, alat-alat pembersihan, kelengkapan alat tulis, dan minuman kotak di bazar yang berlangsung selama 3 hari itu.

“Barangan yang terkumpul akan didermakan dan disalurkan ke pelbagai rumah kebajikan selepas acara itu,” tambah KC Hoe.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut hadir di bazar Cuckoo x Riuh #SamaSamaRaya semalam.

Dalam pada itu, terbuka kepada orang ramai, para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis juadah dan membuat persiapan raya di Bazar Cuckoo X Riuh: #SAMASAMA Raya yang menampilkan lebih daripada 100 gerai jenama kreatif dan makanan.

“Kami menjemput rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat untuk menyertai kami di bazar ini pada 30 dan 31 Mac 2024 (hari ini dan esok), dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam di Sentul Depot (Gudang 2), Kuala Lumpur.

“Program ini adalah langkah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar selepas ini dan kami berharap usaha kecil ini dapat memberikan kesan positif dengan menggalakkan orang ramai untuk sama-sama berbuat baik,” tambahnya.

Sedekad mencipta kediaman lebih sihat

Sementara itu, tambah KC Hoe lagi, 2024 merupakan tahun yang penting bagi Cuckoo yang mencatatkan ulang tahunnya yang ke-10.

Jelasnya, dalam usaha mencapai pertumbuhan dan kejayaan, jenama itu telah merekodkan pendapatan berjumlah RM1.11 bilion tahun lalu, yang merupakan tahun keempat berturut-turut Cuckoo beroleh angka pendapatan RM1 bilion.

“Kami akan mempelbagaikan lagi portfolio Kediaman Sihat kami dengan solusi yang lebih berinovasi bagi membolehkan setiap isi rumah di Malaysia menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka.

“Dengan pengalaman sedekad penubuhan Cuckoo di Malaysia, kami akan mengukuhkan lagi nilai kami dalam menerima dan meraikan personaliti unik Malaysia, serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier, seperti duta duta jenama kami yang baharu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN