Scammer guna gambar, tiru suara, Aaron Aziz buat aduan MCMC - Utusan Malaysia

Scammer guna gambar, tiru suara, Aaron Aziz buat aduan MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Aaron Aziz, 48, bengang dengan sindiket yang menggunakan suara dan gambarnya untuk melakukan penipuan. 

Perkara itu diketahui pelakon filem Ombak Rindu itu apabila ada pengguna yang bertanya mengenai status baju yang kononnya dijual di media sosial.

“Scammer guna gambar dan suara saya kononnya saya jual baju berharga RM1. Ia tidak masuk akal. 

“Kesudahannya, ramai yang ingat saya menipu. Mereka mesej di Instagram bertanya adakah saya buka kilang baju. 

“Kejadian begitu pernah berlaku tapi selepas diberi amaran, mereka padam hantaran itu. Namun kini mereka buat lagi,” katanya.

Aaron ditemui Utusan Malaysia di Majlis Berbuka Puasa filem The Experts, semalam.

Marah dengan tindakan scammer terbabit, Aaron membuat laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“MCMC ambil masa untuk cari dan jejaki si pelaku. Harapnya kita akan dapat bantuan MCMC. 

“Bukan hanya saya, malah ustaz Azhar Idrus pun jadi mangsa, kononnya dia jual kain pelikat,” katanya lagi. 

Mengulas tentang kerjaya lakonan, Aaron memaklumkan bakal membintangi sebuah filem aksi bertajuk The Experts.

Filem yang turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak dan Maya Karin itu bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN