KUCHING: Penjelasan daripada Kementerian Ekonomi mengenai perkara berhubung pelaksanaan dan protokol keselamatan Pangkalan Data Utama (PADU) adalah penting untuk Kerajaan Sarawak menyokong penuh inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi melindungi kepentingan rakyat Sarawak. Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kebimbangan yang dinyatakan oleh Kerajaan Sarawak dan orang ramai secara amnya adalah pada kes mengenai perlanggaran data, kebocoran dan penipuan berleluasa…










